SimCity 2013 |
konsep DRM adalah konsep "always-connected" (sentiasa berhubung) dengan "server" (pelayan) 24/7, jadi untuk pengemar main game seorang "Single Player", ianya sesuatu yang leceh.
cuba bayangkan, anda telah membeli game anda, dan dalam perjalanan pulang ke kampung, anda ingin membuang masa dengan bermain game, tapi anda tak mempunyai sambungan ke internet, game itu menjadi tak berguna!, ramai pengemar-pengemar SimCity sebelum ini menyukai bermain berseorangan, semasa Pembangunan game ini, ramai peminat-peminat simCity menentang habis-habisan untuk "sentiasa-berhubung" ini, tetapi syarikat EA(Electronic Arts) dan MAXIS (bukan telco malaysia) tidak mengendahkan suara-suara peminat simCity dan seterusnya...
seperti gambar di atas, hari pertama berjuta-juta peminat simCity terpaksa menunggu berjam-jam untuk membolehkan mereka bermain game ini! seperti yang berlaku masa pelancaran game Diablo 3 tahun lepas!!
walaupun Maxis berjanji akan memperbaiki sedikit demi sedikit, tapi imej syarikat telah tercalar, ramai peminat-peminat SimCity telah membuat tuntutan pemulangan wang atas sebab rasa tertipu. hingga sekarang ini, simCity da berjaya menaiktaraf Server mereka, tetapi imej Game dan Syarikat ini yang harus di pulihkan.
Selamat Menjadi Mayor!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan