Masalah jerawat bukan saja isu remaja, malah orang dewasa juga mengalaminya, termasuk ibu sekalian.
Maksud jerawat pun berbeza, termasuklah penyebabnya, dan ia boleh diketahui berdasarkan kedudukan jerawat di muka.
Doktor kesihatan kulit, Joshua Zeichner MD di RS New York, mengatakan:
“Maksud jerawat pada beberapa bahagian muka memberikan mesej yang jelas. Ini kerana ia boleh menunjukkan status kesihatan tubuh pemiliknya, termasuk tahap kebersihan seseorang.”
Apa maksud jerawat di muka dan badan?
1. Maksud jerawat di dagu, rahang atau leher
Penyebab:
Hormon yang turun naik selama ibu sedang haid akan membuatkan kelenjar minyak lebih aktif. Ia menyumbat pori-pori sehingga menyebabkan jerawat di muka.
2. Maksud jerawat di garis rambut
Penyebab:
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.
Jadi, sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
3. Maksud jerawat di mulut
Penyebab:
Jerawat di mulut adalah disebabkan oleh makanan yang masuk ke tubuh anda. Sisa dari makanan masam seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit.
Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat.
4. Maksud jerawat di pipi
Penyebab:
Jerawat di pipi mungkin disebabkan oleh telefon yang penuh bakteria dan juga tangan yang menyentuh berbagai objek setiap masa.
Apabila anda menyentuh pipi anda berkali-kali dan dalam waktu lama, ia boleh memindahkan bakteria atau kotoran yang kemudiannya menyumbatkan pori-pori kulit.
5. Maksud jerawat di hidung dan kening
Penyebab:
Stress adalah salah satu penyebab jerawat di hidung dan kening. Respon badan kita di saat menghadapi stress ialah dengan munculnya jerawat di area T pada muka.
Ini kerana stress membuatkan tubuh anda melepaskan adrenalin, sehingga meningkatkan produksi minyak. Kesannya, wajah jadi berjerawat.
6. Maksud jerawat di dada dan punggung
Penyebab:
Ia mungkin disebabkan oleh baju atau bra yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat tumbuh subur di area yang lembab.
Sehinggakan jika anda menggunakan pakaian yang tidak menyerap peluh dengan baik, ia boleh menyebabkan jerawat di dada.
Jika anda nakkan Tips untuk mencegah dan merawat jerawat, sila klik di link ini untuk dapatkan free report >> KLIK SINI<<
ataupun klik di bawah untuk mendapatkan TIPS CARA MENGATASI JERAWAT.
Semoga bermanfaat ya!
Kredit: : https://my.theasianparent.com/maksud-jerawat-di-muka/